Kisah Kejayaan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan It Dari PI
Menyedari kekurangan ilmu keusahawanan dan pendedahan berkaitan IT dan ICT dalam dirinya, Zarina Binti Harun, seorang usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan Kerepek Tradisional telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2017 dan mula menyertai program dan kursus keusahawanan serta kelas ICT yang diadakan di PI. Salah satu kursus keusahawanan yang disertainya dan sangat membantu beliau adalah kursus MDEC iaitu program eUsahawan yang memegang matlamat untuk memberi pendedahan terhadap keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana.
Daripada program tersebut, beliau diajar tentang asas perniagaan iaitu kaedah mengenalpasti potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing. Selain itu, beliau turut diajar bagaimana untuk membuat ayat jualan dengan menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting). Seterusnya pemasaran melalui media sosial bagi meningkatkan permintaan dan jualan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program berkenaan ICT dan keusahawanan yang diadakan di PI, sedikit sebanyak membantu beliau lebih berkemahiran menggunakan perisian komputer serta telah menambah keyakinan beliau untuk terus memajukan perniagaan beliau ke peringkat lebih baik dan meluas ke seluruh negeri. Beliau sering berkunjung ke PI untuk melayari internet dan membuat pemasaran secara atas talian selain sering membuat jualan langsung di mana-mana kedai terdekat mahupun di rumah. Dalam perancangan, beliau akan mendapatkan sebuah komputer riba bagi memudahkan urusan jual beli supaya menjadi lebih mudah, cepat dan membantu beliau untuk mengendalikan pembeli.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________