Program Ramah Mesra Pengurus Wilayah Kuala Krai Bersama Penduduk Kg Karangan dan PI
16 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2015, Pusat Internet Kg Karangan telah bersama-sama mengikuti Program Ramah Mesra Pengurus Kesedar Wilayah Kuala Krai. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan staf-staf kesedar dan staf PI dengan penduduk terutamanya penduduk di Kampung Karangan dan sekitarnya.
Antara aktiviti yang telah diadakan pada program ini adalah sukaneka rakyat. Acara sukaneka seringkali dipilih kerana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk dan staf kesedar serta PI. Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Selain itu, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan bertolak unsur dapat dipupuk di kalangan masyarakat setempat.
Program ini telah disempurkan oleh Pengurus Kesedar Wilayah Kuala Krai iaitu En. Mohd Faudzi Bin Abdul Rahman. Selain aktiviti sukaneka, PI juga mengambil peluang ini untuk memberikan taklimat Klik Dengan Bijak dan hebahan berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh PI kepada penduduk kampung. Majlis ini telah bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 12.00 malam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: