dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Terbuka & Sambutan Hari Raya PI Kg Karangan 2016

31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka & Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diadakan sempena sambutan hari raya aidilfitri. Program sambutan hari raya ini telah diadakan pada 30 Julai 2016. Program ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di antara staf pusat internet dan juga masyarakat setempat. Sambutan hari raya ini dijadikan sebagai Program Tahunan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Karangan selain daripada aktiviti-aktivit lain.Program telah bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Selain jamuan makan, program ini juga diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pusat internet seperti pengenalan E-waste, Check Your Label, kuiz roda impian dan cabutan bertuah. Seramai 200 pengunjung telah datang untuk sama memeriahkan lagi majlis hari raya aidifitri ini.

Para pengguna PI yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti menarik yang diadakan, pengguna dapat lebih mengenali dengan lebih dekat dan mendapat maklumat yang lebih lengkap mengenai perkhidmatan yang ditawarkan serta fungsi PI pada masyarakat dan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.