Program Membuat Bubur Asyura Bersama Penduduk Kampung Karangan
13 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2016, Pusat Internet Kg Karangan bersama-sama penduduk Kampung Karangan telah mengadakan program membuat bubur Asyura sempena bulan Muharram pada setiap tahun dalam bulan Islam. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Bubur Asyura bagi Negeri Kelantan lebih pekat dan berwarna kelabu kehitaman apabila telah masak sepenuhnya.
Program membuat bubur Asyura ini dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampong bagi mengeratkan perhubungan sesame jiran dan juga hubungan antara pengurusan PI dengan msayarat setempat. Selain itu, proses pembuatan bubur Asyura yang mengambil masa yang panjang untuk dimasak juga merupakan salah satu sebab kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk bersama-sama mengacau bubur Asyura ini sehingga betul-betul masak. Oleh itu, kesabaran yang tinggi dan kerjasama antara penduduk sangat penting dalam menjayakan program yang telah diadakan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: