Penggunaan Aksara Khas Dalam Microsoft Word
11 April 2023 | Aktiviti Terkini10 April 2023, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas ICT bersama ahli baru PEDi Kg Karangan yang terdiri daripada pelajar tahun 6 dan telah diadakan secara bersemuka bertempat di bilik latihan, PEDi Kg Karangan. Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang kepentingan ilmu ICT terutamanya penggunaan Microsoft Ofis dan menambah kemahiran peserta untuk belajar ICT bersama PEDi. Di permulaan, staf PEDi memberi pengenalan tentang Microsoft Ofis dan kepentingan untuk pelajar tahu menggunakannya.
Dalam kelas tersebut, staf telah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan simbol atau aksara khas yang terdapat dalam Microsoft Word. Pengurus PEDi telah menunjukkan cara untuk menggunakan aksara tersebut sambil mengajar peserta untuk cuba menggunakannya. Setelah selesai latihan, staf PEDi telah mengadakan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot untuk menguji kefahaman peserta terhadap pelajaran dan latihan yang telah dijalankan. Pihak PEDi berharap agar kelas ini dapat membantu para pelajar untuk lebih berpengetahuan serta mahir menggunakan perisian dalam komputer termasuk Microsoft Ofis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: