Buat Sampul Duit Raya (Microsoft Word)
20 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2023, telah diadakan kelas membuat sampul duit raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023. Kelas ini merupakan latihan ICT menggunakan Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar cara sampul duit raya yang menarik mengikut kreativiti pelajar selain menambah kemahiran mereka untuk menggunakan Microsoft Word tersebut.
Pada permulaan, pengajar memberi penerangan tentang fungsi Microsoft Word dan cara asas bagi menghasilkan sampul raya dengan gabungan beberapa jenis bentuk. Pelajar diberi masa untuk mengenal setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word seperti memasukkan “Online Pictures” dan seterusnya menyiapkan sampul raya tersebut dengan bantuan dari pengajar. Kelas ini secara langsung dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft Word secara praktikal. Kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan para pelajar dan komuniti setempat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: