Buat Kad Ucapan Ramadan (Microsoft Word)
1 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mac 2023, telah diadakan kelas mencipta kad ucapan sempena menyambut bulan Ramadan menggunakan Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar cara menghasilkan kad ucapan menarik dan kreatif menggunakan Microsoft Word selain menambah kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft Word tersebut.Pada permulaan, pengajar memberi penerangan tentang kelebihan Microsoft Word dan cara asas bagi memulakan penghasilan kad ucapan bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia.
Pelajar diberi masa untuk menyiapkan kad ucapan tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan bantuan dari pengajar. Pelajar turut diajar untuk menggunakan setiap fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word seperti memasukkan “Online Pictures” dan seterusnya membuatkan kad tersebut lengkap dengan ucapan ringkas. Kelas ini secara langsung dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft Word secara praktikal. Kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan para pelajar dan komuniti setempat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: