Klik Dengan Bijak- Body Shaming
11 Januari 2023 | Aktiviti Terkini10 Januari 2023 (Selasa) - PEDi Kg Karangan telah bekerjasama dengan PEDi Repek, PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik ‘Body Shaming’ atau ejekan badan dengan menggunakan aplikasi Streamyard. Body shaming adalah satu perbuatan memalukan seseorang dengan memberikan kritikan negatif tentang anggota tubuh badan seseorang. Body shaming berlaku apabila seseorang diejek atau direndahkan dengan komen-komen tertentu akibat tidak memenuhi piawaian pada pandangan mata seseorang atau masyarakat.
Body shaming berlaku dalam masyarakat kita lebih kerap dari apa yang kita sedari, dan lebih malang, isu ini dianggap biasa serta tidak salah dan kadang-kadang dilakukan oleh orang terdekat. Body shaming memberi kesan negatif kepada mangsa kerana boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan mereka. Mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan sangat malu dengan penampilan serta fizikal sendiri.
Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk mangsa mengalami kemurungan. Pihak PEDi menegaskan setiap individu supaya lebih berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan sesiapa tanpa kita sedari dan secara tidak langsung melakukan ‘body shaming’ kepada seseorang kerana ‘body shaming’ ini adalah perbuatan buli dan individu tersebut boleh didakwa. Justeru itu, sebagai pengguna dan individu yang bertanggungjawab, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan dan penulisan terutamanya ketika menggunakan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: