Canva: Kad Undangan Digital
30 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Karangan, Ahad – 29 Januari 2023 - PEDi Kg. Karangan bekerjasama dengan PEDi Kg. Repek dan Kg. Lawang dalam mengendalikan perkongsian secara langsung melalui Live StreamYard di Facebook yang bertajuk Canva : Kad Undangan Digital yang berlangsung selama satu jam. Perkongsian kali ini bertujuan bagi memperkenalkan komuniti kepada aplikasi digital bagi mereka bentuk atau mencipta kad undangan digital untuk dikongsikan di media sosial atau dicetak untuk berkongsi kepada orang ramai.
Siaran langsung kali ini dimulai dengan menerangkan tentang kaedah dan penggunaan kad undangan digital dan kali ini kami memberi tumpuan akan reka bentuk kad undangan perkahwinan digital. Perkongsian hari ini dimulai dengan memperkenalkan komuniti kepada aplikasi Canva yang merupakan satu alat bantu digital yang mempunyai pelbagai ciri dan elemen yang menarik untuk diterokai oleh para pelajar, usahawan, pendidik dan sebagainya. Canva ini boleh diakases oleh setiap lapisan masyarakat untuk tujuan dan kegunaan yang berbeza seperti mereka bentuk flyers, poster, kad undangan, stiker dan banyak lagi.
Perkongsian hari ini dimulai oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang, Puan Ainun dalam memperkenalkan contoh-contoh kad undangan digital, kegunaannya dan kaedah untuk mereka bentuk kad undangan digital tersebut. Seterusnya Cik Aina, Penolong Pengurus PEDi repek dan Puan Nazira, Penolong Pengurus PEDI Kg. Karangan juga sedikit sebanyak telah membantu dalam memberi tutorial secara langsung kepada para pengguna dan penonton Facebook untuk sama-sama mempelajari perkongsian hari ini. Kelas hari ini dimulai dengan mendaftar masuk, memilih templat kad undangan, memasukkan maklumat-maklumat penting seperti alamat, nama mempelai, tarikh berserta animasi-animasi menarik dan sebagainya. Akhir sekali, kakitangan PEDi juga menunjukkan cara untuk menambah audio kepada kad undangan digital tersebut.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT. Kami amat menantikan kunjungan para komuniti dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: