Kelas ICT - Microsoft Word (Peta Minda)
25 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2023, telah diadakan Kelas ICT bersama 3 orang pelajar sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seawal usia mereka di sekolah rendah.
Kelas membuat peta minda ini memberi pengetahuan baru kepada ahli baru PEDi untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar daripada pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian Microsoft Word dan dilatih supaya tahu menggunakan Microsoft Word dan mampu menggunakan simbol dan ikon seperti membuat kotak, memasukkan tulisan di dalam kotak, memasukkan warna dan lain-lain lagi berkaitan dengan betul.
Kelas ini secara langsung dapat menambah pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menggunakan Microsoft Word secara praktikal. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk mempelajari ilmu IT dan ICT. Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang ingin menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: