KDB – Waspada Terhadap Teknik Baru Scammer
24 Februari 2023 | Aktiviti Terkini23 Febuari 2023, Khamis - PEDi Kg Karangan bersama PEDi Lawang, PEDi Repek dan PEDi Kajang Sebidang telah bersama secara langsung di Streamyard dan FB PEDi Lawang untuk mengupas topik Waspada Terhadap Teknik Scam Baru.
Penipuan alam siber ataupun lebih dikenali sebagai Scammer sekarang semakin berleluasa seiring dengan perkembangan teknologi. Masyarakat perlu berwaspada terhadap trend jenayah siber ini kerana angka kerugian yang dialami oleh mangsa scammer ini dilihat lebih besar berbanding kerugian jenayah harta benda. Kebanyakan jenayah Scammer ini menggunakan modus operandi sindiket seperti mempromosikan cara-cara mudah untuk memperoleh wang melalui pautan laman sesawang di laman sosial seperti Facebook dan WeChat untuk menarik perhatian khalayak umum. Selain itu, jenayah siber juga dapat dilihat dalam bentuk pekerjaan yang melibatkan proses jual beli barangan dengan pemberian komisen oleh pihak tertentu. Antara lain yang perlu diberi perhatian oleh orang awam mengenai jenayah dalam talian adalah panggilan palsu yang menyamar sebagai agensi tertentu. Sindiket penipuan dalam talian turut melibatkan dalang dari luar negara yang berhubung melalui aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan WeChat untuk berkomunikasi dengan ejen dan pekerja dalam negara.
Perkongsian bersama PEDi pada kali ini adalah mengfokuskan kepada penipuan yang melibatkan aktiviti membeli-belah secara atas talian. Penipuan dilakukan dengan mensasarkan pengguna melalui posting di media sosial yang ditaja oleh syarikat e-Dagang seperti Shopee dan lain-lain syarikat yang menyebabkan mangsa mudah tertipu. Selain itu, mereka juga membuat pengiklanan iklan pekerjaan palsu di syarikat e-Dagang tetapi meminta individu untuk membuat sejumlah bayaran sebelum mendapat pekerjaan yang ditawarkan. PEDi juga berkongsi beberapa tips keselamatan yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: