Klik dengan Bijak- Ketagihan Media Massa
22 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniSelasa, 21 Mac 2023 - PEDi Kg Karangan telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Repek dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk berkongsi pandangan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan tajukKetagihan Media Massa. Siaran langsung dijalankan dengan menggunakan aplikasi Streamyard selama satu (1) jam bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30. Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi di atas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Dunia internet telah banyak mengubah cara manusia hidup dan berfikir serta berinteraksi dan berhubung. Ia lebih memudahkan kehidupan dalam banyak perkara meliputi urusan perbankan dan jual beli, perhubungan dan komunikasi, pengajian dan pembelajaran, keselamatan, hiburan dan lain-lain. Namun perlu diterima hakikat bahawa dunia internet juga memiliki kemudharatan yang tersendiri.
Pada perkongsian kali ini pihak PEDi berkongsi faktor-faktor serta punca yang menyebabkan isu ketagihan media massa, ciri-ciri ketagihan internet, kesan dan cara mengatasi permasalahan ini. Hal ini tidak akan menjadi masalah sekiranya kita bijak mengikuti arus perkembangan teknologi kerana kita mampu menjana pendapatan yang lumayan jika kita menggunakan media massa secara bermanfaat. Oleh itu, pihak PEDi menekankan bahawa semua pengguna media massa supaya sentiasa menggunakan teknologi dengan betul supaya tidak memudaratkan diri sendiri serta orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: