Kelas ICT - Microsoft Word (Buat Carta Organisasi)
14 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2023, telah diadakan Kelas ICT bersama 5 orang pelajar sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipelajari dan dipraktikkan seawal usia mereka di sekolah rendah.
Kelas ini memberi pengetahuan baru kepada ahli baru PEDi untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar daripada pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian Microsoft Word dan dilatih supaya mahir menaip dengan cepat serta mampu menggunakan setiap simbol dan ikon yang terdapat di dalam Microsoft Word dengan betul. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat carta organisasi bilik darjah menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, turut diadakan kuiz Microsoft Word melalui permainan Kahoot bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik yang telah dipelajari.
Kelas ini secara langsung dapat menambah pengetahuan dan kemahiran peserta untuk menggunakan Microsoft Word secara praktikal. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk mempelajari ilmu IT dan ICT. Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang ingin menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: