Bicara Kesihatan – Wanita & Fibroid Bersama Dr Nor Baizura (KKMU)
12 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara bersama tetamu undangan, Dr Nor Baizura iaitu Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Manek Urai (KKMU), Kuala Krai, Kelantan untuk memberi perkongsian dan pengetahuan tentang wanita dan penyakit fibroid. Fibroid merupakan satu daripada masalah sakit puan atau masalah ginekologi dalam kalangan wanita. Namun begitu, ramai wanita tidak mengetahui dan memahami dengan jelas apa sebenarnya penyakit fibroid ini.
Fibroid sejenis ketumbuhan berisi gumpalan otot seperti otot dinding rahim dengan saiz beberapa milimeter boleh membesar seperti seorang bayi. Fibroid yang kecil tidak menimbulkan simptom atau masalah sehingga mengganggu kesihatan. Ironinya, tiada cara yang boleh dilakukan untuk menghindar fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan juga bukanlah sejenis penyakit keturunan. Ikuti perkongsian bersama Dr Baizura yang telah menjawab banyak persoalan daripada staf PEDi serta penonton yang mengikuti secara atas talian.
Sesi bual bicara tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Munirah dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Manek Urai, PEDi Kg Baharu dan PEDi Felda Tenang. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :FB LIVE Video
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: