Kelas Shopee – Membina Akaun dan Memasukkan Produk Untuk Memulakan Perniagaan
18 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2022 – Pada 17 dan 18 Oktober 2022, Rakan Digital (RD) Kg Karangan telah mengadakan kelas Shopee secara persendirian bersama seorang ahli PEDi yang baru mencuba untuk menjual di atas talian menggunakan Shopee untuk mengembangkan lagi perniagaan. Perniagaan online kini menjadi pilihan kerana modal permulaan perniagaan yang rendah, produk mampu dikenali secara meluas kerana kos pengiklanan yang berpatutan, pemasaran dapat disasarkan pada golongan tertentu, tidak terikat dengan masa, tidak perlu mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan prestasi pengiklanan dapat diukur secara langsung.
Semua individu yang mempunyai capaian internet boleh memulakan perniagaan mereka secara atas talian. Selain itu, pesanan, pembelian dan proses pembayaran juga dijalankan secara atas talian (kad kredit, direct debit, paypal, dll.) Barangan yang dibeli akan dihantar melalui pos atau secara terus (COD) dan ini akan menjimatkan masa, duit minyak kereta, duit parking, dan sebagainya. RD telah mengajar beliau untuk membuka akaun jualan di shopee serta perkara-perkara asas lain yang perlu untuk memulakan perniagaan di Shopee. Peserta juga diajar cara untuk membuang latar belakang gambar yang tidak menarik menggunakan website remove.bg supaya gambar yang diiklankan di kedai Shopee beliau kelihatan lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: