Bicara KDB : Scammer (Penipuan)
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2022 – PEDi Kg Karangan telah menyertai satu perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Repek, Puan Norbaya. Topik KDB yang diketengahkan pada hari ini adalah berkenaan Scammer yang turut disertai bersama oleh PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang melalui StreamYard Live FB PEDi Repek. Scammer yang bermaksud individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Perkongsian tersebut juga memberi panduan kepada masyarakat untuk mengenali Scammer supaya komuniti dan masyarakat tidak terus menjadi mangsa.
Kami juga berkongsi tentang cara-cara yang biasanya digunakan oleh Scammer untuk menjerat mangsa mereka supaya komuniti lebih berwaspada sekiranya keadaan tersebut berlaku kepada mereka. Pihak PEDi mengharapkan komuniti supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan internet supaya tidak terjerat dengan Scammer dan seterusnya tidak menjadi mangsa jenayah maya yang semakin berleluasa pada masa kini. Kesimpulannya, pihak PEDi sentiasa peka berkaitan isu semasa dan berusaha untuk memberi maklumat kepada komuniti agar tidak menjadi mangsa penipuan dalam menggunakan kemudahan dan alat teknologi pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: