dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas ICT – Buat Resume Menggunakan Canva

30 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 29 Oktober 2022 - PEDi Kg Karangan telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Repek dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook bertajuk Kelas Ict: Membuat Resume Menggunakan Canva dengan menggunakan aplikasi StreamYard yang dikendalikan oleh Cik Aina Syamimi dari PEDi Repek. Cik Aina berkongsi cara membuat resume dan juga untuk menghasilkan resume yang boleh menarik minat penemuduga. Tujuan PEDi membuat kelas membuat resume ini adalah untuk membantu pengguna yang sedang menyiapkan resume bagi memohon perkerjaan supaya dapat menulis resume dengan baik dan juga mendapat kerja dengan menggunakan resume berkenaan. Cik Aina memberi penjelasan tentang aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai kelebihan terutama dalam penyediaan resume yang terkini.

Kelas ini dimulakan dengan perkongsian cara membuat cari resume yang boleh dimuat turun tanpa perlu membuat pembayaran. Kemudian beliau menerangkan cara untuk mengedit, menulis maklumat,tukar saiz tulisan yang sesuai, dan kemaskini jarak tulisan serta perkara lain yang perlu ada dalam sesebuah resume. Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.