Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022
7 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 dan 6 Julai 2022, PEDi Kg Karangan telah menyertai program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2022 yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Program yang diadakan selama 2 hari ni melibatkan semua kakitangan PEDi Negeri Kelantan. Program ini dijalankan secara fizikal dan atas talian melalui aplikasi zoom bagi kakitangan yang tidak terlibat secara fizikal. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan teknologi perniagaan digital dan juga taklimat berkaitan dengan KPI baru PEDi. Selain itu, Pihak MCMC juga telah menjemput beberapa agensi serta usahawan dan content creator di Negeri Kelantan yang telah berjaya menguasai media sosial untuk memasarkan perniagaan mereka sehingga berjaya mendapat anugerah.
Antara agensi yang terlibat sepanjang program adalah PKINK, MARA, LPPKN, dan Pos Laju Malaysia. Manakalah usahawan yang dijemput adalah Puan Intan Shamiera Abdul Karim yang mengusahakan perusahaan ADIK MANIS yang mengeluarkan produk kek pisangdan Encik Mohd Hilmi yang merupakan pengasas Subdepo Fried Chicken. Selain itu, Online Influencer Encik Nor Hamidi Nadzir atau yang popular dengan gelaran Abe Mat turut dijemput bagi memberi aura dan semnagat kepada semua kakitangan untuk menjana pendapatan menggunakan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: