Kelas ICT - Microsoft PowerPoint
18 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2022, telah diadakan kelas belajar Microsoft PowerPoint bersama 9 orang pelajar dari sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan PEDi Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk melatih para pelajar supaya mahir menggunakan Microsoft PowerPoint dengan lebih cekap dan belajar membuat slaid pembentangan.
Pelajar diajar cara untuk membuat slaid ringkas berkenaan tajuk Buah-buahan dengan memasukkan beberapa bentuk dan menukar warna bentuk mengikut warna buah tertentu. Seterusnya, pelajar diajar cara memasukkan “text box” ke dalam bentuk tersebut dengan menamakan beberapa jenis buah-buahan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tambahan, mereka diajar untuk memasukkan kesan animasi ke dalam setiap slaid yang ditulis.
Di akhir kelas turut diadakan permainan Kahoot berkenaan tajuk buah-buahan bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kelas yang diadakan. Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi. #manfaatkanteknologidihujungjari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: