dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Taklimat Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Peria

7 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2022, PEDi Kg. Karangan dengan kerjasama PEDi Kluster Kuala Krai telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertempat di Sekolah Kebangsaan Peria yang disertai oleh pelajar tahun empat hingga enam serta guru Komputer dan guru kelas yang berkenaan. Taklimat ini telah diadakan bermula pukul 10.45 pagi sehingga 12.30 tengahari dengan kerjasama dari pihak sekolah dan PEDi Kluster Kuala Krai yang terdiri daripada PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Pahi.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam. Sepanjang program berjalan, pihak PEDi turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan taklimat KDB bagi menilai tahap pemahaman pelajar berkaitan isu-isu dan tajuk yang dikongsi. Bersama itu juga turut disediakan hadiah serta cenderamata kepada pelajar dan juga pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.