dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas ICT Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2022, telah diadakan kelas ICT bersama 6 orang pelajar sekolah rendah menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Kelas ini bertujuan bagi menyemai semangat meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan negara dalam diri para peserta.

Peserta turut diberikan latihan bagi menambah kemahiran mereka menggunakan Microsoft Powerpoint yang diadakan diawal kelas berlangsung. Peserta diminta untuk mencari dan menyimpan gambar bendera negeri di seluruh Malaysia dari carian Google. Seterusnya, memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Powerpoint mengikut gelaran ‘Darul’ bagi setiap negeri. Selain itu, turut diadakan kuiz melalui permainan Kahoot bagi menguji tahap pengetahuan peserta mengenai negara Malaysia. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kelas pembelajaran yang telah diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.