"Hair Talk" Bersama Tetamu Undangan Cik Siti Nazirah
9 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara bersama tetamu undangan, Cik Siti Nazirah iaitu seorang ‘Content Writer’ di sebuah syarikat kecantikan rambut. Sesi bual bicara tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Batu 1. Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :FB Live
Antara topik yang dibicarakan adalah berkenaan dengan kepentingan penjagaan rambut, tip penjagaan rambut bagi wanita bertudung dan “free hair”, bahan-bahan yang perlu dielakkan dalam produk penjagaan rambut, tempoh cucian rambut yang sesuai dan cara cucian yang berkesan, perbezaan “dry shampoo” dan “hair mist”, tip kurangkan rambut gugur serta cara kurangkan kelemumur, cara penjagaan rambut bayi dan kanak-kanak serta “basic hair care” yang perlu ada oleh setiap wanita dan juga lelaki. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: