Asas Buat Laman Web Menggunakan Google Sites
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian Asas Membuat Laman Web dengan menggunakan Google Sites bersama Ts Mohamad Quzami An-Nuur Bin Ahmad (Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Sultan Iskandar, Perak Darul Ridzuan). Ts Mohamad Quzami An-Nuur juga merupakan seorang pengajar untuk program sukarelawan ICT Malaysia (MIV) yang merupakan projek di bawah MCMC. Program sukarelawan ini akan membantu mendidik lebih ramai komuniti yang mampu memajukan dan menghasilkan aplikasi serta perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.
Untuk membina sesebuah laman web, elemen asas yang perlu adalah berasaskan HTML @ CSS yang merupakan teknik yang boleh digunakan secara atas talian(online) ataupun luar talian (offline). Ciri laman web yang baik adalah mempunyai peta iaitu mestilah mempunyai muka depan iaitu isi kandungan ataupun senarai kandungan bagi maklumat yang ingin ditulis dalam laman web. Kandungan yang baik dan menarik juga penting bertujuan untuk memberi impak positif kepada pengguna yang masuk ke laman web tersebut. Selain itu, laman web yang mempunyai navigasi yang mudah juga sangat penting bagi memberi keselesaan kepada pengguna. Search bar juga sangat penting untuk pengguna mudah mencari bahan dalam laman web tersebut. Laman web juga mestilah releven dan mengikut perkembangan semasa.
Google sites dipilih pada LIVE kali ini adalah kerana ianya mudah digunakan dengan hanya menggunakan akaun gmail.com. Semua maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam laman web mestilah disimpan di dalam ‘google drive’. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PEDi Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pen.Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Sauqi dan turut disertai bersama PEDi Kg Karangan, PEDi Manek Urai, dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :FB Live
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: