Kelas ICT Bersam PEDi – Membuat Kad ID Menggunakan MS Word
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2022, PEDi Kg Karangan telah bersama mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi Batu Gajah dengan kerjasama PEDi Lawang dan PEDi Repek yang telah dihoskan oleh Saudari Hanani iaitu Pengurus PEDi Batu Gajah. Kelas ini diadakan selama 1 jam yang bertujuan untuk memberi panduan dan tunju ajar cara untuk membuat kad pengenalan (ID) dengan menggunakan MS Word. Kelas ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Streamyard, Live di Facebook PEDi Batu Gajah.
Sebelum memmulakan sesi pembelajaran, staf PEDi telah menjelaskan berkenaan kegunaan kad ID dalam urusan kerja atau pelajaran. Fungsi kad pengenalan diri ini penting bagi membezakan sesuatu jawatan, jabatan dan syarikat serta menjadikan seseorang individu itu lebih yakin dan professional. Selain itu, kad ID juga dapat membantu seseorang individu sekiranya ditimpa kecelakaan seperti kemalangan kerana dapat memudahkan urusan dengan memaklumkan kepada ahli keluarga atau pihak berkenaan dengan maklumat yang tertera pada kad tersebut.
Saudari Hanani telah menunjukkan satu persatu cara untuk membuat kad ID dengan hanya menggunakan asas MS Word. Melalui tunjuk ajar yang mudah difahami para penonton boleh mengolah idea untuk kad dengan lebih kreatif agar hasilnya sama seperti menggunakan aplikasi canggih masa kini. Pihak PEDi berharap perkongsian pada kali dapat memberi ilmu bermanfaat kepada komuniti dan pendengar. Pihak PEDi sentiasa berusaha memberi ilmu ICT dari masa ke masa kepada komuniti agar sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: