Bicara KDB - Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2022 - PEDi Kg Karangan telah bekerjasama bersama PEDi Repek, PEDi Batu Gajah, dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk membicarakan berkaitan Klik Dengan Bijak dengan topik “Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya” dengan menggunakan aplikasi StreamYard live menerusi facebook PEDi Repek. Pemilihan topik pada kali ini adalah berkaitan dengan isu viral semasa pada masa kini kerana terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan peribahasa ini.
Bertepatan dengan kecanggihan teknologi zaman moden kini, tangan yang menaip kadang-kadang lebih laju dari mulut yang menutur. Perkembangan pesat dunia teknologi membuatkan individu-individu ini sering mengejar populariti tanpa memikirkan kesan-kesan yang mereka terpaksa hadapi bila terlajak kata ataupun terlajak perbuatan. Perkongsian pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, melakukan perbuatan atau membuat perkongsian terhadap sesuatu perkara kerana ia mungkin boleh mengguris perasaan orang lain dan seterusnya akan memberi banyak lagi kesan negatif kepada pelaku dan mangsa. Pengguna media sosial perlu sedar dan sentiasa mengambil langkah berhati-hati semasa menggunakan media sosial kerana apa yang dikongsi didalam talian, akan kekal dalam talian meskipun telah dipadam oleh penulis kerana dengan satu klik sahaja ia boleh tersebar dan seterusnya akan merosakkan imej serta reputai dan boleh memudaratkan diri sendiri.
Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber supaya berhati-hati sebelum berbuat sesuatu. Pastikan berfikir dahulu kesan dan akibatnya, kerana sememangnya satu kesilapan boleh menghapuskan seribu kebaikan. Meminta maaf memang mudah, memberi maaf juga mungkin mudah, namun dalam dunia teknologi kini, apa yang telah dimuat naik di media sosial tidak mudah dipadam dan akan kekal dalam ingatan.
Sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :FB LIVE
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: