dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

“Basic To Advance” Shopee Bersama Trainer Encik Khuzairy Khuzainol

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian “Basic To Advance” Shopee bersama Trainer Shopee (Terengganu Digital), Encik Khuzairy Bin Khuzainol. Sesi perkongsian tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudara Syauqi Azhan dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Manek Urai, PEDi Batu Gajah dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :Live Video

Antara perkara yang dikongsikan oleh Encik Khuzairy adalah tip menjual di Shopee dengan lebih berkesan dan cara membuat kapsyen yang betul bagi manarik pengguna Shopee untuk membeli. Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam mengendalikan akaun Shopee milik syarikat beliau sendiri dan juga pelanggan atau peserta kelas Shopee yang beliau anjurkan. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang menonton terutamanya kepada usahawan dan individu yang berminat untuk membina perniagaan di aplikasi Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.