Perkongsian: Tahun Baru, Azam Baru Bersama PEDi
12 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2022, PEDi Kg Karangan mengikuti sesi perkongsian LIVE bersama PEDi Batu Gajah dengan kerjasama PEDi Repek, PEDi Lawang dan PEDi Selising dengan tajuk Azam Baru sempena tahun baru 2022. Umumnya, azam baru sudah sinonim pada setiap kali menjelang malam tahun baru dengan ucapan dan pelbagai keraian lain sebagai tanda kemenangan melepasi pelbagai ujian sepanjang tempoh setahun.
Dalam perkongsian tersebut, pihak PEDi menerangkan berkenaan kepentingan meletakkan azam atau target baru untuk individu, syarikat atau keluarga dan beberapa tip untuk memastikan azam tersebut tercapai. Maksud azam baru mengikut beberapa falsafah dan carian internet adalah kemahuan/ keinginan/ cita-cita yang ingin dicapai oleh seseorang dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai azam baru tersebut dalam tempoh satu tahun. Pihak PEDi juga berkongsi kepentingan azam baru sebagai panduan serta perancangan selain menjadikan seseorang lebih berdisiplin dan sentiasa bersemangat dalam mencapai target atau cita-cita yang diimpikan dalam tempoh tersebut.
Beberapa tip juga telah dicadangkan kepada komuniti dalam melaksanakan matlamat antaranta dengan meletakkan target pada diri sendiri, keluarga, agama dan pada kerja atau perniagaan kita. Dari sini kita akan sentiasa fokus kepada apa yang kita mahu dalam hidup kita dan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Pihak PEDi juga menekankan kepada komuniti agar sentiasa bersyukur setiap kali matlamat kita tercapai dalam mendidik diri untuk sentiasa merendah diri dan yakin kepada setiap pertolongan ALLAH. Semoga perkongsian tersebut dapat memberi semangat kepada komuniti agar menjadi masyarakat yang bermatlamat walaupun tinggal di kawasan pedalaman.
Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :FB Live
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: