dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kursus Train the Trainer (TTT) Autocrat (e-Sijil)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022, Sabtu telah berlangsungnya Kursus Train the Trainer (TTT) Autocrat – eSijil bagi semua pengurus PEDi Maxis dan Digi secara atas talian menerusi ‘’Google Meet’’. Manakala 24 Julai 2022 pula, telah berlangsungnya kursus TTT bagi sesi Penolong Pengurus PEDi Maxis dan Digi. Kursus ini telah berlansung selama dua (2) jam bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih Encik Anuar bin Masaod.

Autocrat ialah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang yang membolehkan pengguna mengambil data daripada hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Autocrat berguna untuk menjana sijil semasa mengendalikan seminar, webinar, pertandingan, kuiz dan lain-lain yang kebiasaanya digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan urusan mereka dalam menghasilkan sijil dan seterusnya menghantar sijil kepada pelajar atau peserta. Objektif dan matlamat latihan ini adalah untuk berkongsi kemahiran kepada semua staf PEDi berkenaan cara menggunakan Autocrat. Selain itu, pengajar juga mengajar peserta kelas untuk mempelajari penggunaan asas untuk mengumpulkan (merge) dokumen menggunakan Autocrat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.