dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Shopee Ads – Keyword Untuk Iklan Jualan Di Shopee

4 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2022, PEDi Kg Karangan telah bersama mengikuti siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian Shopee Ads, iaitu Keyword untuk jualan di Shopee bersama Trainer Shopee (Terengganu Digital), Encik Khuzairy Bin Khuzainol. Sesi perkongsian tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Batu Gajah dan PEDi Batu 1.

Antara perkara yang dikongsikan oleh Encik Khuzairy adalah tip membuat keyword untuk produk jualan di Shopee dengan lebih berkesan dan cara membuat kata kunci yang betul bagi menarik pengguna Shopee untuk melihat produk jualan dan seterusnya membeli. Beliau juga telah menunjukkan cara untuk membuat Shopee Ads supaya tidak menggunakan modal yang terlalu besar untuk pemasaran di Shopee. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang menonton terutamanya kepada usahawan dan individu yang berminat untuk membina perniagaan di aplikasi Shopee.

Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/415608547083372 .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.