Kelas ICT – Pengenalan Asas Komputer dan Microsoft PowerPoint
29 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2022, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas ICT bersama ahli PEDi Kg Karangan secara bersemuka bertempat di bilik latihan, PEDi Kg Karangan. Kelas ICT ini adalah sebagai pengenalan kelas komputer dan Microsoft PowerPoint setelah hampir dua tahun kita tidak dapat mengadakan kelas secara bersemuka. Kelas ini adalah bertujuan untuk memupuk kembali dan menyegarkan ilmu pengetahuan serta minat ahli-ahli PEDi untuk belajar ICT bersama PEDi.
Di permulaan, staf PEDi telah menunjukkan cara untuk menggunakan Microsoft PowerPoint dengan peserta membuat latihan secara terus berdasarkan rujukan yang diberikan. Setelah selesai latihan, staf PEDi telah mengadakan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot untuk menguji kefahaman peserta terhadap pelajaran dan latihan yang telah dijalankan.
Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat terutamanya para pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Ofis PowerPoint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: