dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Asas ICT – Pengenalan Microsoft Word

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2022, telah diadakan Kelas Asas ICT bertajuk Pengenalan Microsoft Word bersama 3 orang ahli baru Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan bertempat di bilik latihan PEDi tersebut. Kelas ini diadakan selama 1 jam untuk sesi pertama yang bertujuan untuk memberi pengenalan berkenaan perisian dalam komputer iaitu Microsoft Word selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.

Tiga orang ahli baru PEDi ini baru pertama kali belajar menggunakan komputer. Pengajar memberi taklimat ringkas tentang Microsoft Word termasuk kelebihan, nama serta fungsi setiap simbol yang terdapat di dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta diberi masa untuk belajar menaip menggunakan Microsoft Word dengan bantuan dari pengajar.

Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat mengenal dan mengetahui fungsi setiap simbol di dalam Microsoft Word serta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kelas pembelajaran tersebut

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.