Kelas ICT, Membuat Pelekat Nama Menggunakan Ms Word
28 Mac 2022 | Aktiviti Terkini27 Mac 2022, PEDi Kg Karangan telah menyertai kelas ICT secara atas talian di platform Streamyard Live yang diadakan oleh PEDi Lawang. Sesi perkongsian ICT pada kali ini turut disertai oleh PEDi Repek dan PEDi Batu Gajah yang dikelolai oleh Pengurus PEDi Lawang Pn.Amnina.
Perkongsian pada sesi kali ini adalah berkenaan membuat pelekat nama dengan menggunakan Microsoft Word. Pelekat nama mendapat permintaan yang tinggi pada masa kini apabila sekolah mula dibuka semula bermula minggu lepas. Kebanyakkan Ibubapa memilih untuk membuat pelekat nama untuk anak-anak mereka terutamanya anak-anak kecil yang baru melangkah ke tahun 1 kerana mereka masih tidak pandai untuk menulis nama dengan kemas dan cantik di buku latihan sekolah masing-masing. Pihak PEDi Lawang telah menunjukkan cara-cara membuat pelekat nama tersebut dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Untuk mendapatkan saiz pelekat yang sama dengan ukuran pada stiker yang dibeli, kita hanya perlu menulis ukuran yang tepat. Pada pemuka Ms Word, pilih tetapan Mailings, cari perkataan start mail merge dan pilih details. Masukkan semua maklumat yang perlu mengikut tetapan yang keluar mengikut ukuran saiz pada pelekat nama. Selain itu pihak PEDi juga menunjukkan cara untuk menukar warna pada latar belakang kad nama bagi menghasilkan kad nama yang lebih menarik dan cantik. Fungsi pada ‘Shape’ atau bentuk pada fungsi Microsoft Word juga boleh digunakan untuk membuat hasil kreativiti lain seperti bentuk awan, emoji dan lain-lain bagi memperlihatkan kreativiti pengguna.
Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang penggunaan ICT pada masa sekarang yang sememangnya amat memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam menggunakan internet. Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton. Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : https://www.facebook.com/PEDiLawang/videos/486264259909664 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: