dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Latihan Asas ICT Menggunakan Microsoft Word

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2022, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas ICT bersama ahli PEDi Kg Karangan secara bersemuka bertempat di bilik latihan, PEDi Kg Karangan. Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang kepentingan ilmu ICT dan menambah kemahiran peserta untuk belajar ICT bersama PEDi.

Di permulaan, staf PEDi memberi pengenalan tentang komponen komputer berserta nama simbol dan tanda yang terdapat pada papan kekunci komputer. Dalam kelas tersebut juga telah diadakan latihan menaip menggunakan Microsoft Word. Setelah selesai latihan, staf PEDi telah mengadakan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot untuk menguji kefahaman peserta terhadap pelajaran dan latihan yang telah dijalankan.

Pihak PEDi berharap agar kelas ini dapat membantu para pelajar untuk lebih berpengetahuan serta mahir menggunakan perisian dalam komputer termasuk Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.