Melukis Kartun Animasi Menggunakan Shapes (Ms Word)
26 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2022, telah diadakan kelas belajar melukis kartun animasi menggunakan Ms Word (Shapes) bersama 5 orang ahli PEDi bertempat di Bilik Latihan PEDi Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk melatih para pelajar supaya mahir menggunakan Microsoft Word dengan lebih cekap dan pandai menggunakan ‘tools’ yang terdapat dalam Ms Word untuk membuat kartun-kartun yang comel, ringkas dan menarik.
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi setiap simbol yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk melukis dengan menggunakan bentuk-bentuk yang sedia ada dalam Ms Word iaitu dengan menggunakan ‘Shapes’. Peserta juga diajar cara untuk melukis sehingga terhasilnya kartun animasi dengan bimbingan staf PEDi.
Diharapkan supaya pelajar lebih berkemahiran untuk menggunakan perisian di dalam komputer seperti Microsoft Word pada masa hadapan samada untuk tujuan pembelajaran dan sebagainya. Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: