dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Faedah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso

13 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara berkenaan tajuk RekPada 12 Januari 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian tentang Tuntutan Perkeso untuk bahagian Faedah Tuntuan Bencana Kerja bersama Encik Faizul Azuar (Pegawai Siasatan Kes Tututan Faedah, Perkeso Bentong, Pahang).

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaanya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, kemalangan semasa dalam perjalanan, kemalangan semasa kecemasan dan penyakit khidmat. Faedah yang terdapat di bawah skim ini adalah seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani/ vokasional, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat dan faedah pendidikan.

Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PEDi Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Munirah dan turut disertai bersama PEDi Kg Karangan, PEDi Manek Urai, PEDi Kg Baharu dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiChuchuhPuteri/videos/1075630643275061

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.