dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas ICT - Membuat Slaid Perbentangan Menggunakan Canva

20 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2022, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas ICT bersama 2 orang ahli PEDi Kg Karangan secara bersemuka. Kelas ini adalah bertujuan untuk mengadakan aktiviti bersama ahli sempena cuti sekolah dan juga untuk menyegarkan ilmu pengetahuan serta minat ahli-ahli PEDi untuk belajar ICT bersama PEDi.

Kelas ICT, membuat slaid perbentangan menggunakan canva ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada ahli baru tentang platform lain yang boleh digunakan untuk membuat slaid perbentangan selain menggunakan Ms PowerPoint. Staf PEDi telah mengajar cara untuk menggunakan Canva bagi menghasilkan slaid yang menarik dengan animasi, templat dan juga dengan pilihan tulisan yang pelbagai. Staf telah memberi satu slaid daripada Ms PowerPoint yang boleh digunakan sebagai rujukan peserta untuk cuba membina kembali slaid tersebut dengan menggunakan Canva.

Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat terutamanya para pelajar untuk lebih mempelbagaikan kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan kelebihan teknologi yang ada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.