dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bicara Bersama Usahawan Cilik

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio di Facebook Pusat Ekonomi Digital Repek bagi sesi perkongsian bersama Usahawan Muda dari PEDi Repek iaitu Cik Nik Nur Sumayyah binti Tuan Mohd Suhaiman atau lebih mesra dengan panggilan Sumayyah. Sesi live ini telah dihoskan oleh PEDi Repek bekerjasama dengan PEDi Karangan, PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang.

Sumayyah memulakan perniagaan semasa beliau berumur 15 tahun dengan menjadi dropship kepada beberapa produk. Walaubagaimanapun, semasa negara dilanda musibah akibat Covid 19, beliau telah mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara atas talian dan juga COD (Cash on Delivery) yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Sebelum memulakan perniagaan ini, beliau telah mengikuti kelas bakery secara PJJ untuk mempelajari cara menghasilkan produk yang sedap, cantic dan menarik. Produk jualan pertamnya bermula dengan kek lapis Sarawak dan kini berkembang menjadi tiga produk dengan tambahan brownies dan juga lukchup. Sumayyah bukan sahaja menjana pendapatan untuk diri sendiri malah membuka peluang pekerjaan sebagai agen jualan produknya. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi serta membuka mata para pelajar untuk mencontohi beliau di mana umur seusia beliau mampu menjana pendapatan sendiri.

Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDiKgRepek/videos/399694518853007

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.