dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bersama SSM - SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

19 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2021, PEDi Kg Karangan telah mengadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian bersama Pengarah SSM Negeri Pahang iaitu Tuan Kamarudin Bin Mohd Daud mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Sesi perkongsian ini bertujuaan untuk memberi penerangan kepada penonton berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan satu (1) inisiatif daripada SSM untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA.

Sepanjang sesi perkongsian ini dijalankan, Tn Kamarudin juga menerangkan tentang kepentingan untuk usahawan mendaftar perniagaan mereka serta perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Sesi perbincangan ini juga membuka sesi soal jawab antara PEDi dan panel jemputan berkenaan persoalan-persoalan yang timbul berkenaan pendaftaran perniagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan SSM. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDikgkarangan/videos/996795937614556

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.