Cakna Komuniti - Bantuan (BKM)
15 Januari 2022 | Aktiviti Terkini14 Januari 2022 - PEDi Kg Karangan telah menyertai satu perkongsian berkaitan Bantuan atau BKM yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Bicara pagi yang dikendalikan oleh Pengurus PEDI Lawang, Pn.Amnina turut disertai oleh PEDi Kg Batu Gajah dan PEDi Kg Repek yang berlansung selama 1 jam secara atas talian di Stream Yard Live Kg Lawang. Sesi bicara pagi diberi tajuk ‘Cakna Komuniti - Bantuan ’.
Tujuan perkongsian tersebut adalah untuk memberi hebahan kepada komuniti berkaitan Bantuan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pengemaskinian dan permohonan baru bagi Bantuan adalah pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Pemohon yang layak boleh berkunjung ke PEDi berdekatan untuk tujuan mengemaskini atau membuat permohonan baru namun pemohon mestilah menyediakan dokumen yang lengkap bagi memudahkan urusan pihak PEDi dan juga pihak pemohon. Antara dokumen yang diperlukan untuk urusan mengemaskini BKM adalah seperti kad pengenalan pemohon, sijil kahwin/ cerai, kad pengenalan pasangan dan tanggungan, Visa/ passport dan sijil kematian. Selain itu, pihak PEDi juga berkongsi berkenaan Skim Khairat Kematian, MySalam dan beberapa lagi perkongsian penting kepada komuniti supaya komuniti PEDi tidak ketinggalan dalam setiap bantuan yang kerajaan sediakan.
Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDiLawang/videos/1395609627541467
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: