KDB – Penipuan Kewangan
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2022, Isnin - PEDi Kg Karangan dengan kerjasama bersama PEDi Repek, PEDi Lawang dan PEDi Batu Gajah telah menyampaikan satu taklimat KDB dengan tajuk Penipuan Kewangan dalam satu sesi perkongsian langsung di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard PEDi Kg Repek yang bermula jam 10.50 pagi hingga 11.50 pagi.
Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kelicikan penjenayah siber mengeksploit perubahan teknologi dan menjerat mangsa secara kreatif melalui pelbagai modus operandi baharu, serta kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap sederhana, telah dikenal pasti sebagai antara punca kes jenayah tersebut meningkat. Orang ramai dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan mengelakkan daripada memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan ke dalam peranti mudah alih.
Pada siaran kali ini pihak PEDi berkongsi sedikit tips bagaimana menjadi pengguna yang bijak supaya tidak menjadi mangsa. Ramai penipu mencuba helah baharu seperti menyalahgunakan logo dan menyamar sebagai pegawai BNM atau LHDN untuk memperdaya pengguna untuk memuat turun aplikasi yang bukan daripada platform aplikasi rasmi, oleh itu pengguna haruslah sentiasa peka dengan situasi semasa dan dinasihatkan juga supaya jangan mudah terpedaya dengan panggilan teledon daripada individu yang mengaku dari mana-mana agensi kerajaan, tamatkan perbualan segera.
Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut:
https://www.facebook.com/PEDiKgRepek/videos/685717723138660
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: