Kelas ICT (Prezi, Emaze & Visme)
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2022, PEDi Kg Karangan telah mengadakan kelas ICT mengenai perkongsian berkenaan laman web yang menawarkan template pembentangan yang menarik iaitu Prezi, Emaze & Visme. Kelas ini diadakan selama 1 jam yang bertujuan untuk memberi perkongsian berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk membuat slaid perbentangan yang lebih menarik dari segi grafik, pilihan tulisan, gambar, templat untuk design slaid dan lain-lain yang berkenaan. Kelas ICT ini adalah dengan kerjasama PEDi Repek, PEDi Batu Gajah dan juga PEDi Lawang. Perkongsian ini adalag bertujuan untuk memberi idea dan pengetahuan kepada pengguna berkenaan laman web yang menyediakan kemudahan kepada pengguna serta boleh digunakan sama ada secara percuma ataupun berbayar.
Prezi adalah salah satu laman web yang menyediakan kemudahan untuk membuat slaid pembentangan yang menarik dan sangat berlainan daripada slaid PowerPoint. Dengan Prezi, pengguna boleh membuat pembentangan tanpa had dengan kawalan privasi sepenuhnya. Pengguna juga boleh berkongsi pembentangan secara individu atau memuat turunnya untuk dilihat di luar talian. Selain itu, ia juga membolehkan pengguna untuk memuat naik video dalam pembentangan mereka, meletakkan nota, mengeksport pembentangan ke PDF, dan memanfaatkan latihan dalam talian yang disesuaikan mengikut keperluan anda. Emaze pula adalah perisian yang menakjubkan, yang membolehkan pengguna mereka semula pembentangan PowerPoint ke dalam projek yang lebih interaktif. Banyak templat pembentangan dan latar belakang video di dalam Emaze. Sekiranya pengguna melanggan pakej yang disediakan, mereka boleh memuat turun pembentangan mereka sebagai PDF, dan melihatnya di luar talian pada mana-mana peranti. Pada asasnya Visme adalah aplikasi yang tidak hanya menawarkan pengguna ciri-ciri untuk membuat pembentangan yang menarik, tapi juga untuk membuat grafik, visualisasi data, laporan, demo produk sehingga resume. Pengguna juga boleh memuat naik pembentangan dalam laman web atau berkongsi di rangkaian sosial. Dengan menggunakan Visme, pengguna akan dapat akses kepada lebih daripada 100 font tulisan dan berjuta-juta imej percuma.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton. Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut:
https://www.facebook.com/PEDikgkarangan/videos/4838545996254437 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: