Bicara KDB: Scammer (Penipuan) & Hacker (Penggodam)
16 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Febuari 2022 – PEDi Kg Karangan telah menyertai satu perkongsian menarik dan bermanfaat Klik Dengan Bijak dengan topik “Scammer & Hacker” yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Lawang,Pn.Amnina dan disertai bersama oleh PEDi Batu Gajah dan PEDi Repek melalui StreamYard Live FB PEDi Lawang.
Pada kali ini, kami telah memilih topik Scammer dan Hacker kerana ia menjadi topik semasa yang mana masih ramai masyarakat yang telah menjadi mangsa jenayah siber. Pihak PEDi telah menerangkan berkaitan Scammer yang bermaksud individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain manakala Hacker bermaksud aktiviti penggodaman iaitu pencerobohan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan dari pelayan rangkaian komputer tersebut.
Perkongsian tersebut juga memberi panduan kepada masyarakat untuk mengenali Scammer supaya komuniti dan masyarakat tidak terus menjadi mangsa. Hacker pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Black Hat Hacker dan White Hat Hacker. Black Hat Hacker adalah seseorang yang menggodam komputer orang lain untuk mencuri data peribadi seperti kata kekunci (password) atau mendapatkan maklumat tertentu atau menceroboh sistem keselamatan sesuatu bangunan yang ingin dimasuki bagi mencapai misi. Manakala White Hat Hacker pula adalah seseorang yang menggunakan kemahiran dan pengetahuannya untuk mengambil alih kawalan ke atas komputer orang lain namun bertujuan untuk mengetahui kelemahan sistem keselamatan komputer tersebut supaya dapat meningkatkan atau memperbaharui ciri-ciri keselamatannya.
Kesimpulannya,Pihak PEDi sentiasa peka berkaitan isu semasa dan berusaha untuk memberi maklumat kepada komuniti agar tidak menjadi mangsa penipuan dalam menggunakan kemudahan dan alat teknologi pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: