Kelas Asas ICT - Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Excel, Powerpoint dan Word
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Febuari 2022, PEDi Kg Karangan telah menyertai Kelas Asas ICT: Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Excel, PowerPoint dan Word secara atas talian menggunakan aplikasi Streamyard, Live di Facebook PEDi Batu Gajah bersama PEDi Repek dan juga PEDi Lawang. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan dan kemahiran menggunakan Microsoft Ofis. Kelas ini telah dikendalikan oleh Cik Hanani dari PEDi Batu Gajah yang telah berkongsi cara untuk membuat jadual menggunakan MS Excel, PowerPoint dan Word.
Pada permulaannya Cik Hanani telah berkongsi cara untuk membuat jadual mengunakan MS Excel menggunakan template yang telah tersedia dalam perisian MS Excel, dengan perisian ini kita boleh membuat jadual dengan cepat dan senang. Cik Hanani kemudiannya menunjukkan cara untuk membuat jadual menggunakan MS PowerPoint, untuk perisian ini, beliau menunjukkan cara-cara untuk membina jadual dengan langkah pertama yang perlu iaitu membuat kotak untuk asas jadual sebelum memasukkan maklumat lain yang diperlukan. Beliau juga menjelaskan secara ringkas berkenaan kegunaan fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut seperti jenis tulisan, saiz tulisan, dan corak untuk latar belakang jadual yang boleh ditukar mengikut kreativiti masing-masing. Kemudiannya untuk perisian MS Word, Puan Norbaya dari PEDi Repek telah berkongsi cara untuk membuat jadual, beliau juga menjelaskan kegunaan bagi setiap simbol yang terdapat dalam perisian tersebut seperti jenis tulisan, saiz tulisan, cara untuk memasukan gambar untuk menjadikan jadual kelihatan lebih menarik dan cara untuk menukar latar belakang jadual kepada warna yang dikehendaki.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Ofis. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: