Kelas Tik Tok Bersama PEDi - Cara Buka Kedai Di Tik Tok Menggunakan Tik Tok Seller Center
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022 – PEDi Kg Karangan telah bersama mengikuti sesi kelas usahawan Online yang dikelolakan oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang Pn.Ainun Rahmah dengan kerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Batu Gajah dan PEDi Repek. Sesi live pada kali ini adalah berkenaan cara untuk membuka kedai di Tik Tok dengan menggunakan website Tik Tok Seller Center.
Tik Tok merupakan aplikasi yang sedang menjadi tumpuan utama pengguna media sosial pada masa kini. Tik Tok Shop mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun ini. Pn. Ainur telah menunjukkan setiap langkah langkah yang perlu untuk membuka kedai di Tik seller center.Pihak PEDi juga menekankan kepada peniaga online supaya menyediakan dokumen terlebih dahula untuk memudahkan urusan semasa pendaftaran. Peniaga juga haruslah memilih kategori perniagaan yang didaftarkan sama ada secara individu atau korporat kerana dokumen kedua-dua adalah berbeza. Kategori individu hanya memerlukan dokumen pengenalan diri manakala korporat memerlukan dokumen SSM dan penyata bank syarikat yang kedua-duanya mesti sama maklumatnya. Semua dokumen tersebut perlu dimasukkan ke sistem Tik Tok seller center yang telah disediakan.
Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawan di applikasi Tik Tok yang menjadi trending masa kini agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniaga online dengan mengikut peredaran keadaan semasa. Pihak PEDi juga sentiasa mencari gali ilmu-ilmu keusahawan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih.
Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDiLawang/videos/3226802640904792
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: