Kelas Sempena Awal Muharram 1444 H
11 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 Ogos 2022, telah diadakan kelas sempena sambutan Mahal Hijrah 2022 bersama-sama 6 orang pelajar sekolah rendah bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan. Kelas ini sempena memperingati tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah yang merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Di samping itu, peserta turut diberi pengenalan dan kemahiran Microsoft Word melalui latihan menaip yang diadakan diawal kelas berlangsung. Peserta diberi latihan untuk menaip semula artikal atau maklumat berkenaan Maal Hijrah berpandukan contoh yang dipaparkan di skrin utama. Seterusnya, diadakan kuiz melalui permainan Kahoot bagi menguji tahap pengetahuan peserta mengenai peristiwa bersejarah tersebut. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kelas pembelajaran yang telah diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: