Bicara Pagi KDB - Kemurungan
14 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2022, bersamaan hari Isnin, PEDi Kg Karangan telah menyertai program Bicara Pagi KDB yang dianjurkan oleh PEDi Kg Batu Gajah dengan usahasama PEDi Karangan, PEDi Repek dan juga PEDi Lawang dengan tajuk Kemurungan. Sesi yang berlangsung dari jam 10.45 pagi hingga 12.00 tengahari ini bersiaran secara langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming di PEDi Batu Gajah.
Kemurungan adalah sejenis gangguan mental paling lazim di dunia. Di Malaysia, kira-kira 2.3 juta orang mengalami kemurungan pada satu tempoh dalam hidup mereka. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Antara punca kepada kemurungan adalah pernah mengalami kemurungan pada masa lepas, mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan, menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan). Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba atau kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba juga boleh menjadi punca kepada kemurungan selain daripada isu perceraian dan masalah rumahtangga.
Penyakit kemurungan boleh dirawat, dan lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Semoga perkongsian pagi ini memberi manfaat kepada semua. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/pedibatugajah/videos/408621140995375
.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: