Bicara Petang - Perkongsian Bersama Individu Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19
15 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Febuari 2022 – PEDi Kg Karangan telah menyertai satu perkongsian menarik perkongsian bersama PEDi Repek dan PEDi Lawang yang telah dikendalikan oleh PEDi Batu Gajah dalam satu sesi siaran langsung. Tajuk perkongsian pada kali ini adalah berkenaan perkongsian bersama individu yang pernah dijangkiti virus COVID-19 yang telah disiarkan secara langsung di Facebook melalui aplikasi StreamYard. Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi sedikit pengalaman yang berbeza yang dialami sendiri oleh petugas PEDi yang telah terkena jangkitan virus tersebut. Antara pengisian perkongsian sepanjang sesi tersebut adalah tanda-tanda yang boleh disyaki terkena virus COVID-19 iaitu seperti batu berlaruta, demam, selsema, sakit badan, lenguh-lenguh badan serta cirit-birit. Langkah-langkah yang boleh dipraktikkan apabila disahkan positif COVID-19 pula adalah seperti mengasingkan diri daripada orang ramai serta mengemaskini maklumat dalam aplikasi Mysejahtera. COVID-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza, ada dalam kalangan mereka yang dijangkiti mengalami gejala yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital dan ada pula yang mengalami gejala yang kuat sehingga mereka mengalami kesukaran untuk bernafas.
Petugas PEDi berkongsi simptons yang dialami oleh mereka yang menunjukan tanda mereka telah dijangkiti virus tersebut. Mereka juga berkongsi pengalaman dalam mengendalikan individu positif COVID-19 yang kuarantin kendiri dirumah, serta cara untuk mengendalikan individu yang negatif COVID-19 sekiranya ibu bapa terkena virus dan anak mereka negatif. Pihak PEDi juga berharap agar masyakat sentiasa peka terhadap kesihatan mereka. Negara kita juga akan memasuki fasa Endemik Covid-19 pada 01 April 2022, penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi COVID-19. kita perlu menerima yang virus ini telah hidup di persekitaran kita dan kita perlulah sentiasa berwaspada dan kekal menjaga kesihatan diri. Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat dalam menangani virus Covid-19 dan semoga bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: