Kesihatan Gigi (Gigi Menawan, Cantik & Bersih)
14 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2022, PEDi Kg Karangan telah bersama mengikuti siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian bersama Klinik Pergigian Kuala Krai. Tajuk siaran langsung pada kali ini adalah berkenaan Kesihatan Gigi (Gigi Menawan Cantik dan Bersih) bersama tetamu undangan iaitu Dr. Nur Insyirah Binti Mohamad Nor,Pegawai Pergigian UG41, KPKK.
Pelbagai tajuk dan ulasan menarik berkenaan kesihatan gigi telah dikongsi oleh Dr Asyikin sepanjang sesi berlangsung. Antara tajuk yang dikongsi adalah berkenaan fungsi gigi, Struktur gigi, Plak gigi, maloklusi atau gigi tidak teratur , kecederaan mulut dan gigi dan masalah-masalah pergigian seperti penyakit gusi, gingivitis, gusi kemerahan dan periodentitis. Selain itu, Dr juga berkongsi mengenai cara rawatan untuk masalah-masalah pergigian seperti rawatan penskaleran ataupun scaling. Karies gigi pula berlaku apabila gigi tidak dicuci dengan bersih dan apabila tidak dirawat ia boleh mengakibatkan masalah sakit gigi. Untuk rawatan bagi masalah ini, Dr akan membuat tampalan, rawatan akar ataupun cabutan. Selain itu, rawatan crown atau sarung gigi juga boleh dilakukan, dental bridge atau jambatan pergigian, implant dan denture ataupun gigi palsu juga boleh dilakukan mengikut kesesuaian masalah gigi pesakit tersebut.
LIVE tersebut bersiaran dari PEDi Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pen.Pengurus iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, dan PEDi PAKR Batu 1, Bentong Pahang. Sesi LIVE tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan masalah-masalah pergigian.
https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/351793816862398
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: