dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bual Bicara - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

10 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Febuari 2022, PEDi Kg Karangan telah bekerjasama dengan PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Manek Urai, PEDi Kg Baru Gua Musang dan PEDi Bentong dalam satu sesi perkongsian LIVE di Facebook untuk bual bicara bersama Pegawai Eksekutif Pejabat Perkeso Bentong iaitu Puan Farahwana Binti Abdullah melalui aplikasi Streamyard dan dikendalikan oleh saudara Munirah daripada PEDi Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.

Perkongsian kali ini membincangkan isu berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) iaitu perkerja yang bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga burger, penjual kuih muih, pembuat roti dan kek, penghantar makanan dan sebagainya. Antara topik yang dikongsikan adalah berkenaan dengan syarat kelayakan, faedah-faedah SKSPS serta penerangan tentang Inisiatif Belanjawan 2022 untuk SKSPS. Sesi perkongsian ini adalah panduan yang berguna kepada semua individu yang bekerja sendiri termasuk usahawan kecil.

Sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiChuchuhPuteri/videos/648817106398888 .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.