dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Perkhidmatan Kaunter Bergerak Tabung Haji di PEDi Kg Karangan

11 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2022 – Tabung Haji Kuala Krai telah membuat Perkhidmatan Kaunter Bergerak di PEDi Kg Karangan pada hari isnin bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Tabung Haji telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH bersama Komuniti kerana perkhidmatan kaunter TH di Kuala Krai akan ditutup sepenuhnya. Oleh itu, pihak TH memberi peluang kepada komuniti sekitar untuk membuat urusan berkaitan TH melalui perkhidmatan kaunter bergerak ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Pembukaan akaun (dewasa & kanak-kanak) serendah RM10.00, Simpanan wang tunai, Pembukaan akaun baru TH, Pendaftaran haji, Kemaskini maklumat, Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, Permohonan penyata akaun, Potongan gaji dan THiJari (Online TH). TH juga meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.